Pada hari ini maka bermulalah aktiviti bagi kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia. Hari ini kami ditugaskan oleh Prof. Dr. Normaliza untuk membentuk kumpulan masing-masing. Oleh itu, kami mencari kumpulan masing-masing untuk dibentuk. Oleh kerana kaum Adam hanya bertiga di dalam kelas ini, maka secara rasminya kami adalah satu kumpulan. hehehe.. Al-maklumlah kaum adam sekarang makin pupus. Kalau kami tidak bersatu maka berkrrikkk-krikkk lah kaum adam dalam kelas tu.. Tiga orang lelaki belum cukup untuk melengkapkan kuota kumpulan ini. Nasib baiklah ada kawan perempuan kami ni yang gila-gila macam kami yang boleh satu kepala. Dengan hadirnya bunga sekuntum dalam geng kumbang ni maka meriahlah lagi kumpulan kami.
Inilah ahli kumpulan kami yang bergelar AHAD.
Dalam minggu kedua ini Prof. Dr. Normaliza juga memberi pendedahan kepada kami tentang lima asas-asas grafik seperti teks, warna, kesesuaian, keseimbangan dan mudah. Prof. Dr. Normaliza memberikan contoh kepada kami tentang kelima-lima asas grafik tersebut. Selain itu, Prof. Dr. Normaliza juga menerangkan fungsi-fungsi setiap unsur-unsur tersebut. Seterusnya beliau memberikan tugasan kepada setiap kumpulan untuk menghasilkan Mounting Board.
Inilah hasil kerja kumpulan kami berkaitan Mounting Board.
Muka depan
Teks
Warna
Kesesuaian
Keseimbangan
Mudah
AKTIVITI MINGGU 3
Baiklah, pada minggu ini pula iaitu minggu ketiga kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia. Kami dikehendaki untuk membuat power point. Dimana power point tersebut menggunakan gambar koleksi peribadi penulis dengan berlatar belakangkan dengan lagu yang dipilih.
Selain power point ini yang kami kena hasilkan, kami juga dikehendaki belajar berkaitan jenis-jenis gambar dalam photoshoot. Kami dikehendaki mengambil gambar-gambar mengikut jenis-jenis yang telah diberikan, iaitu:
Mug Shot
Long Shot
Medium Shot
Over The Shoulder Shot
Bird's Eye View
Setelah siap mengambil gambar-gambar di atas, kami dikehendaki untuk memasukkanya ke dalam laman Instagram. Setiap ahli kumpulan perlu memasukkan satu jenis gambar ke dalam laman Instagram mereka masing-masing. Tugas yang penulis dapat ialah perlu memasukkan gambar Medium Shot ke dalam Instagram.
baiklah dibawah ini adalah beberapa gambar yang diupload dalam laman Instagram penulis.
Medium Shot
Medium Shot
AKTIVITI MINGGU 4
Pada minggu ini pula penulis bersama ahli kumpulan perlu mengambil gambar Middle shot dan Flatlay shot. Meddle shot ini boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan Medium Shot dengan lebih memfokuskan wajah model dalam gambar tersebut. Bagi Flatlay shot pula, kami perlu menggunakan suatu bahan dan disusun supaya menampakkan suatu seni. Flatlay shot ini juga terbahagi kepada tiga iaitu: Flatlay, Half Flatlay dan Quater Flatlay. Oleh kerana kami melakukan kerja secara berkumpulan maka kami membahagikan tugas-tugas kepada setiap ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu memasukkan gambar dalam laman Instagram masing-masing.
Dalam masa yang sama, kami juga ditugaskan untuk mencari 10 peribahasa. Seterusnya kami perlu mengambil gambar yang dapat memberikan gambaran atau penerangan berkaitan setiap peribahasa tersebut. setelah itu, kami perlu memaasukkan gambar-gambar dan peribahasa ke dalam poer point untuk dipersembahkan kepada ahli kelas.
Quater Flat lay
Flatlay
Di bawah ini pula adalah video power point peribahasa dan gambar yang memberikan gambaran makna peribahasa tersebut.
AKTIVITI MINGGU 6 - VIDEO ONE SHOT
OK. Untuk minggu ini pula, kami ditugaskan untuk menghasilkan video one shot. Kami perlu memilih satu lagu dan miming lagu tersebut dengan cara masing-masing. Dengar je Prof. Normaliza suruh buat video masing-masing excited pulak!! tau lah masing-masing nak jadi retis.. da lah aku nih jenis tak suka buat video2 ni lagi2 rakam video sendiri.. pergggghhhh jahanam mak kauuu!! dalam fikiran macam-macam timbul. Terutamanya bab hijau muke nih (malu). tapi ape blh buat itu yang Prof tugaskan kepada kami.. nak tak nak kena buat jugak sbb tu markah untuk kami. tapi masa buat video tu aku xtau lah hantu ape yang masuk dalam diri aku sampai jadi macam tu. hahaha.. tapi lepas habis buat video tu tetiba datang menyesalnya sbb buat perangai gila2 time rakam video tu..hmmmm nasib badan lah lau kene hentam dengan member2.
AKTIVITI MINGGU 7 - INTERVIEW & PROMOTE UPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. baiklah. minggu ke-7 ni pulak kitorang diberikan tugas untuk membuat interview pelajar2 dan keluarga yang konvo pada minggu ini. Maklumlah sekarang musim konvo di UPM. selain itu, kami juga perlu promote serba sedikit berkaitan UPM seperti tempat2 menarik dan fakulti2 yang ada di UPM. untuk promote ini kami memilih Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) yang merupakan fakulti bagi penulis sendiri. selain itu Ladang 16, ladang 16 ni banyak dengan pokok pine je..tapi lawa lah jugak pemandangannya.
haaa dibawah ini adalah video yang kami hasilkan.
AKTIVITI MINGGU 8 - PRESENTATION
Untuk minggu ini pula, kami ditugaskan untuk melakukan presentation berkaitan hasil pembelajaran sepanjang mengikuti kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia ini. Sebelum itu, kami present dahulu video yang kami buat minggu lepas iaitu video Interview pelajar UPM yang konvo dan keluarga mereka. Selepas siap present video tersebut kami melakukan presentation hasil pembelajaran sepanjang mengikuti kelas tersebut. Prof. Normaliza mahu kami melakukan present yang lain dari yang lain iaitu bukan berdasarkan slaid tetapi secara spontan. Prof. suruh kami mengaitkan sastera dengan Multimedia dan apakah kepentingannya. Oleh itu, kumpulan kami menggunakan cara present berlakon seolah-olah di dalam kelas dimana ada cikgu dan anak2 murid. Maaflah video kami present tidak ada yang sudi rekod untuk kami..hahahah. takdelah.. sebenarnya kami lupa nak suruh kawan2 tolong rekodkan..huhuhu.. maaflah yeee..
AKTIVITI MINGGU 9 - VIDEO ONE SHOT TWO LAYER
Untuk minggu ini pula, kami ditugaskan untuk menghasilkan video one shot two layer. Video one shot two layer ini adalah video dimana memerlukan seorang untuk miming lagu dan selebihnya perlu melakukan lakonan di belakangnya. Kamera pula tidak boleh bergerak atau melakukan editan terhadap video tersebut. hmmm kalau tak boleh edit mestilah banyak kali kena buatnya sebab bukan sekali buat video je da perfect. Untuk buat video ni adelah jugak dalam 4 hingga 5 kali kami rakam. Untuk video ni kami pilih lagu Aspalela sebagai lagu video kami. Sebabnya dalam kumpulan kami ngam-ngam ada sorang pompuan. hahaha..
AKTIVITI MINGGU 10 - PRESENTATION
Baiklah, minggu ni pulak kami perlu present video yang kami rakam pada minggu lepas iaitu video One Shot Two Layer. setelah kami siap bentangkan video kami, Prof menyerahkan tugas seterusnya yang perlu kami lakukan. Oleh sebab minggu ke-11 kami semua mempunyai VIVA atau pembentangan PITA maka kelas Prof terpaksa ditangguhkan untuk memberikan laluan kepada kami memberi fokus kepada pembentangan PITA kami. Oleh itu, Prof memberikan dua tugas kepada kami iaitu merakam video seram dan video one shot three layer. fuhhhh banyak beb sekali dapat.. biasanya satu keja je setiap minggu. tapi apa nak buat sebab kami ada pembentangan PITA pada minggu ke-11.
AKTIVITI MINGGU 12 - PRESENTATION
Hai semua... baiklah saya akan teruskan kepada aktiviti yang kami lakukan pada minggu ini. Minggu ini kami perlu present dua video yang kami rakam iaitu video One Shot Three Layer dan Video Seram. Video One Shot Three Layer kami menggunakan lagu dua insan dimana ianya merupakan pilihan Prof. Normaliza sendiri. Sebelum merakam video ni sebenarnya aku yang ditugaskan untuk berduet miming dengan bunga sekuntum taik ayam (kesum) ni tapi last2 tak jadi. Korang mesti nak tau sebab apa aku tak jadi tuk berduet dengan kesum tu kan.. Ni bukan sebab awek aku tak bagi yer. ni sebabnya... Aku x bleh nak hafal lirik dia wehhh!! Mak aiii lirik dia mmg betul2 tak masuk dengan jiwa aku.. hahahaha.. maklumlah selalu aku dengar lagu2 rancak2 je tapi sekali kene hafal lagu slow nih terus otak aku shutdown..hahahaha. tak boleh masuk. siyesss..
Bagi video seram pula, ade kes lain plk.. bukan kes kene rasuk eh. tapi kes takut. hahahaah. maklumlah dalam kumpulan kami ade sorang kaum hawa. klau geng2 aku nih nak rakam di kubur cina tepi Fakulti kami pun boleh.. hahahaha cakap besar je lebih. Sebelum nak rakam video ni memang banyak tempat lah kami lelaki ni bagi cadangan tempat2 yang nak rakam video tapi semua tempat tu kawan aku takut nak pegi malam2. hahaha. Akhirnya kami buat keputusan tuk rakam di blok KAA iaitu bangunan kelas2 kuliah. Tapi time nak rakam tu pulak ade masalah. masalahnya bangunan KAA tu da nak tutup sebab bangunan tu hanya bukak sampai kul 10 malam je. huhuhu.. sedihhh.. plan da banyak nak buat kat situ. Takpelah last2 sekali kami decide buat dalam kereta je iaitu pemandu Uber. ok lah da malas nak taip banyak2.. korang tengok lah video kat bawah ni.
One Shot Three Layer
Video Seram yang x seseram mana..hhuhuhu
AKTIVITI MINGGU 14 - VLOG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya harap korang semua sihat2 selalu. Baiklah, Pada minggu ini saya akan bercerita serba sedikit tentang aktiviti yang harus kami lakukan pada minggu ke-14 ini. Prof. Normaliza telah memberikan tugas kepada kesemua ahli kelas untuk menghasilkan VLOG. Dalam video VLOG ini, Prof. Normaliza memberikan kebebasan kepada kami untuk bercakap tentang apa sahaja yang kami inginkan berkaitan kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia. Oleh itu, saya telah memilih untuk bercakap tentang pengalaman sepanjang saya mengikuti kelas Prof. Normaliza iaitu kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia.
Semua apa yang saya ulaskan tentang kelas ini ada dalam video di bawah. Jadi pandai2 lah korang nak tengok ke tak nak. Klau tak nak sudah.. hahaha.
Sepanjang menuntut di UPM ini pelbagai kenangan manis dan pahit diperoleh bersama kawan-kawan kelas saya iaitu kelas sastera. Mana tidaknya mereka sangat periang dan peramah. Selain itu, mereka juga datang dari pelbagai latar belakang dan negeri. Dengan terkumpulnya kesemua mereka ini di dalam kelas yang sama membuatkan persaudaraan antara negeri dan daerah semakin kuat dan saling dapat memahami akan latar belakang yang berbeza-beza. Kenangan bersama kawan-kawan ini akan sentiasa terpahat dalam ingatan saya. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama ahli kelas sepanjang saya belajar disini.
Untuk melayakkan aku menamatkan pengajian di UPM nie, aku perlu menghasilkan satu kajian yang berkaitan dengan bidang sastera. Syarat ini adalah syarat wajib bagi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) kepada pelajar2 mereka.
Fikir punya fikir ttg tajuk yang nak dibuat kajian nih.. Maka lahirlah idea untuk kaji tentang lagu rakyat Terengganu. Lahirnya ttg idea nak buat kajian ttg lagu2 rakyat Terengganu ni adalah kerana aku dulu masa di sekolah menengah diwajibkan bagi lelaki untuk masuk kelab tarian. Setiap tarian yang diajar dalam kelab ni adalah berdasarkan tarian lagu2 rakyat Terengganu. Maka masa aku berada dalam kelab tarian ni ade lah beberapa tarian Tradisional Terengganu aku belajar antaranya tarian Anak Tedung, Kolek Berkolek dan Pintal tali. Sebenarnya banyak lagi tarian2 yang diajar dalam kelab ni. Tapi disebabkan aku masuk kelab tarian tu masa aku form 6 maka aku tak sempat belajar beberapa lagi tarian tradisional Terengganu.
Sebenarnya aku ni x brapa minat pun menari, tapi disebabkan kelab ni wajib untuk pelajar form 6 kelas sastera maka aku terpaksalah join jugak kelab nih. Pada mulanya aku mmg malu nak masuk kelab tarian nih.. korang faham2 sendiri lah mentaliti budak2 sekolah kan... kalu masuk kelab tarian mesti dicop atau diejek pondan lah lembut lah sotonglah..hahaha.. Sebenarnya aku pun penah ejek kwn aku yang masuk kelab tarian nih masa aku form 4 dan form 5.. hahahahahah.. Korang ingat aku baik sangat ke..hahaha.. gile kau tak ejek orang.. hobi aku tuuu..hahah..
Tapi betul lah hukum karma tu ade.. hahahah.. tapi nasib baik lah aku kene masuk kelab tarian tu masa aku form 6.. klau form 6 nih xde budak2 berani nak ejek2.. kalau die ejek2 aku haaaa niii makan diaaaa..(faham2 lah) hahaha. Kalu aku kene masuk kelab tarian tu masa aku form 4 or 5 mmg hijau muke aku.
Tapi lepas aku join je kelab tarian nih lama2 aku suke tentang tarian nih.. sebab dia boleh buat hilang stress wooo.. bukan setakat hilang stress je, hilang macho jugak nih..hahhaa.. xdelah sebenarnya bende ni baik jugak tuk badan aku.. maklum lah lompat sini sana kangkang situ sini keluar lah jugak peluh setitik dua daripada kau keluar petang2 naik motor round2 kampung cuci mata. Bukan peluh yang keluar tapi pahala yang keluar.. haha maklumlah awek2 sekarang suke berbelanje besar kan.. hahaha..
Oklah aku berbalik semula pada topik utama aku tadi iaitu kajian ilmiah tahun akhir. Aku merapu meraban kat atas tadi saje je nak cerita macam mane tercetusnya idea aku tuk buat kajian tentang lagu rakyat Terengganu nih.. ok lah, oleh sebab aku pernah terdedah dengan tarian dan lagu2 rakyat Terengganu nih aku decide tuk buat kajian yg bertajuk "Gaya Bahasa Dalam Lirik2 Lagu Rakyat Terengganu". Lagu-lagu yang aku pilih tuk buat kajian nih semua nya 12 buah lagu.. kalau korang nak tau aku buat kajian lagu apa.. haaa korang rajin2 lah gerakkan tetikus korang tuk klik di menu di atas yang bertajuk "lagu rakyat terengganu".
Berdasarkan tajuk kajian tu korang boleh agak dah apa yang aku kaji dalam lirik2 lagu rakyat Terengganu kan. Iaitu Gaya bahasa yang ada dalam lirik2 lagu rakyat terengganu. Gaya bahasa yang aku pilih untuk dikaji ialah Anafora, Asonansi dan Responsi.
Aku xleh kongsi lebih2 pada korang ttg kajian aku ni sbb belum siap sepenuhnya lagi. Nanti semuanya siap insyaallah aku kongsi dalam ni ok.
Setiap negeri pastinya mempunyai lagu-lagu rakyatnya tersendiri termasuklah negeri Terengganu. Sebenarnya, Terengganu mempunyai begitu banyak lagu-lagu rakyatnya. Namun masih banyak lagu-lagu rakyatnya tidak diketahui umum. Oleh itu, penulis ingin mengambil peluang ini untuk memperkenalkan kepada anda sekalian tentang lagu-lagu rakyat Terengganu yang ada.
Bagi yang ingin atau sedang merancang untuk bercuti ke negeri Terengganu pastikan anda tidak melepaskan peluang merasai makanan yang ada di bawah ini. Ini kerana, kesemua makanan ini adalah makanan yang sangat popular bagi masyarakat Terengganu. Boleh dikatakan percutian anda tidak lengkap jika tidak merasai kesemua makanan di bawah ini.
KEROPOK LEKOR
Keropok lekor adalah salah satu makanan yang terkenal di Terengganu dan sememangnya berasal dari negeri Terengganu. Malah Terengganu merupakan pengeluar utama keropok lekor di Malaysia.
Keropok lekor merupakan makanan tradisi bagi rakyat Terengganu kerana ianya merupakan makanan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Hal ini kerana Terengganu kaya dengan hasil laut iaitu ikan yang merupakan bahan utama dalam proses membuat keropok lekor. Tempat-tempat yang terkenal di Kuala Terengganu yang menjual keropok lekor adalah di Losong dan Seberang Takir. Namun di Kemaman juga ada tempat yang terkenal dalam penjualan keropok lekor iaitu di Kg. Geliga.
NASI DAGANG
Nasi dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi di negeri Terengganu. Secara tradisional, nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan diikat dengan menggunakan lidi. Kalau di Kuala Terengganu, antara kedai makan yang popular dengan nasi dagang Terengganu ialah di Kedai Nasi Dagang Mak Ngah dan juga Nasi Dagang Kak Pah di medan selera Batu Burok. Kalau di Dungun, salah satu kedai yang sedap nasi dagangnya ialah di Warung Pak Din.
NASI LEMAK IKAN TONGKOL
Nasi lemak sememangnya makanan yang terkenal di Malaysia. Malah setiap negeri mempunyai cara yang tersendiri dalam penyediaan nasi lemak tersebut. Jika nasi lemak Negeri Sembilan sambalnya menggunakan sambal bawang dimana dalam sambal tersebut mempunyai bawang merah yang sangat banyak. Jika di Kelantan, nasi lemak dimakan dengan sambal ikan bilis. Namun berlainan pula dengan nasi lemak negeri Terengganu dimana nasinya dimakan bersama dengan sambal ikan tongkol atau lebih dikenali dengan "sambal ikan aya".
KETUPAT SOTONG
Ketupat sotong ini merupakan makanan tradisional Terengganu. Sotong akan disumbat dengan beras pulut dan dimasak secara berkuah lemak. Hidangan ketupat sotong kebiasaannya dimakan dengan nasi putih. Ada juga sesetengah kedai yang menjual ketupat sotong ini sebagai hidangan santai waktu petang hari. Di Terengganu menu lauk ketupat sotong lebih dikenali dengan nama "tuppt sutong" atupun "sutong sumbak".
LAKSA TERENGGANU
Seperti di negeri lain, menu laksa di Terengganu mempunyai keunikannya terendiri terutamanya pada kuahnya. Disini terdapat 2 jenis kuah iaitu kuah putih dan kuah merah. Kuah putih rasanya lebih berlemak dan mempunyai rasa ikan yang kuat manakala kuah merah pula lebih pedas dan berempah.
SATA
Sata merupakan makanan yang menjadi ikon utama bagi daerah Kemaman. Banyak kedai disi yang menjual sata dan sering menjadi makanan santai waktu petang. Seperti juga otak-otak, ianya diperbuat daripada isi ikan dan dibaluti dengan daun kelapa dalam bentuk kon. Namun rasanya memang berbeza dengan otak-otak.
SAHABAT UPM
Sebelum aku menjejakkan kaki di tanah UPM ni dalam kepala aku mcm mne lah student2 di sini. Boleh ke tuk aku cari kwn yang baik seperti kawan2 aku di sekolah dulu.
Namun, setelah aku menjejakkan kaki melanjutkan pengajian ku disini. Alhamdulillah aku berjumpa dengan kwan2 yang semuanya baik2. Saling mengambil berat, bersama ketika senang dan susah. Tidak lokek kudrat dalam membantu aku tika aku dalam kesusahan atau konflik.
Aku mmg tak sangka akan dapat begitu ramai kawan di UPM ni. Dengan pelbagai ragam dan telatah. Sebab tulah setiap kali kami berkumpul je memang x akan pernah berenti gelak tawanya. Mana tak nya masing2 dari negeri yang berlainan. Ada yang mulut lepas, ada yang happy go lucky, ada yang serius, ada yang kelakar dan macam2 lagi. Sebab ni lah group kami menjadi begitu lengkap.
Haaa baik lah aku akan kongsikan gambar kawan2 aku di UPM nih.
ni gambar masa kami pegi berkelah di Port Dickson, Negeri 9