Untuk melayakkan aku menamatkan pengajian di UPM nie, aku perlu menghasilkan satu kajian yang berkaitan dengan bidang sastera. Syarat ini adalah syarat wajib bagi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) kepada pelajar2 mereka.
Fikir punya fikir ttg tajuk yang nak dibuat kajian nih.. Maka lahirlah idea untuk kaji tentang lagu rakyat Terengganu. Lahirnya ttg idea nak buat kajian ttg lagu2 rakyat Terengganu ni adalah kerana aku dulu masa di sekolah menengah diwajibkan bagi lelaki untuk masuk kelab tarian. Setiap tarian yang diajar dalam kelab ni adalah berdasarkan tarian lagu2 rakyat Terengganu. Maka masa aku berada dalam kelab tarian ni ade lah beberapa tarian Tradisional Terengganu aku belajar antaranya tarian Anak Tedung, Kolek Berkolek dan Pintal tali. Sebenarnya banyak lagi tarian2 yang diajar dalam kelab ni. Tapi disebabkan aku masuk kelab tarian tu masa aku form 6 maka aku tak sempat belajar beberapa lagi tarian tradisional Terengganu.
Sebenarnya aku ni x brapa minat pun menari, tapi disebabkan kelab ni wajib untuk pelajar form 6 kelas sastera maka aku terpaksalah join jugak kelab nih. Pada mulanya aku mmg malu nak masuk kelab tarian nih.. korang faham2 sendiri lah mentaliti budak2 sekolah kan... kalu masuk kelab tarian mesti dicop atau diejek pondan lah lembut lah sotonglah..hahaha.. Sebenarnya aku pun penah ejek kwn aku yang masuk kelab tarian nih masa aku form 4 dan form 5.. hahahahahah.. Korang ingat aku baik sangat ke..hahaha.. gile kau tak ejek orang.. hobi aku tuuu..hahah..
Tapi betul lah hukum karma tu ade.. hahahah.. tapi nasib baik lah aku kene masuk kelab tarian tu masa aku form 6.. klau form 6 nih xde budak2 berani nak ejek2.. kalau die ejek2 aku haaaa niii makan diaaaa..(faham2 lah) hahaha. Kalu aku kene masuk kelab tarian tu masa aku form 4 or 5 mmg hijau muke aku.
Tapi lepas aku join je kelab tarian nih lama2 aku suke tentang tarian nih.. sebab dia boleh buat hilang stress wooo.. bukan setakat hilang stress je, hilang macho jugak nih..hahhaa.. xdelah sebenarnya bende ni baik jugak tuk badan aku.. maklum lah lompat sini sana kangkang situ sini keluar lah jugak peluh setitik dua daripada kau keluar petang2 naik motor round2 kampung cuci mata. Bukan peluh yang keluar tapi pahala yang keluar.. haha maklumlah awek2 sekarang suke berbelanje besar kan.. hahaha..
Oklah aku berbalik semula pada topik utama aku tadi iaitu kajian ilmiah tahun akhir. Aku merapu meraban kat atas tadi saje je nak cerita macam mane tercetusnya idea aku tuk buat kajian tentang lagu rakyat Terengganu nih.. ok lah, oleh sebab aku pernah terdedah dengan tarian dan lagu2 rakyat Terengganu nih aku decide tuk buat kajian yg bertajuk "Gaya Bahasa Dalam Lirik2 Lagu Rakyat Terengganu". Lagu-lagu yang aku pilih tuk buat kajian nih semua nya 12 buah lagu.. kalau korang nak tau aku buat kajian lagu apa.. haaa korang rajin2 lah gerakkan tetikus korang tuk klik di menu di atas yang bertajuk "lagu rakyat terengganu".
Berdasarkan tajuk kajian tu korang boleh agak dah apa yang aku kaji dalam lirik2 lagu rakyat Terengganu kan. Iaitu Gaya bahasa yang ada dalam lirik2 lagu rakyat terengganu. Gaya bahasa yang aku pilih untuk dikaji ialah Anafora, Asonansi dan Responsi.
Aku xleh kongsi lebih2 pada korang ttg kajian aku ni sbb belum siap sepenuhnya lagi. Nanti semuanya siap insyaallah aku kongsi dalam ni ok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan