Pada hari ini maka bermulalah aktiviti bagi kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia. Hari ini kami ditugaskan oleh Prof. Dr. Normaliza untuk membentuk kumpulan masing-masing. Oleh itu, kami mencari kumpulan masing-masing untuk dibentuk. Oleh kerana kaum Adam hanya bertiga di dalam kelas ini, maka secara rasminya kami adalah satu kumpulan. hehehe.. Al-maklumlah kaum adam sekarang makin pupus. Kalau kami tidak bersatu maka berkrrikkk-krikkk lah kaum adam dalam kelas tu.. Tiga orang lelaki belum cukup untuk melengkapkan kuota kumpulan ini. Nasib baiklah ada kawan perempuan kami ni yang gila-gila macam kami yang boleh satu kepala. Dengan hadirnya bunga sekuntum dalam geng kumbang ni maka meriahlah lagi kumpulan kami.
![]() |
Inilah ahli kumpulan kami yang bergelar AHAD. |
Dalam minggu kedua ini Prof. Dr. Normaliza juga memberi pendedahan kepada kami tentang lima asas-asas grafik seperti teks, warna, kesesuaian, keseimbangan dan mudah. Prof. Dr. Normaliza memberikan contoh kepada kami tentang kelima-lima asas grafik tersebut. Selain itu, Prof. Dr. Normaliza juga menerangkan fungsi-fungsi setiap unsur-unsur tersebut. Seterusnya beliau memberikan tugasan kepada setiap kumpulan untuk menghasilkan Mounting Board.
![]() |
Muka depan |
![]() |
Teks |
![]() |
Warna |
![]() |
Kesesuaian |
![]() |
Keseimbangan |
![]() |
Mudah |
AKTIVITI MINGGU 3
Baiklah, pada minggu ini pula iaitu minggu ketiga kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia. Kami dikehendaki untuk membuat power point. Dimana power point tersebut menggunakan gambar koleksi peribadi penulis dengan berlatar belakangkan dengan lagu yang dipilih.
Selain power point ini yang kami kena hasilkan, kami juga dikehendaki belajar berkaitan jenis-jenis gambar dalam photoshoot. Kami dikehendaki mengambil gambar-gambar mengikut jenis-jenis yang telah diberikan, iaitu:
- Mug Shot
- Long Shot
- Medium Shot
- Over The Shoulder Shot
- Bird's Eye View
Setelah siap mengambil gambar-gambar di atas, kami dikehendaki untuk memasukkanya ke dalam laman Instagram. Setiap ahli kumpulan perlu memasukkan satu jenis gambar ke dalam laman Instagram mereka masing-masing. Tugas yang penulis dapat ialah perlu memasukkan gambar Medium Shot ke dalam Instagram.
baiklah dibawah ini adalah beberapa gambar yang diupload dalam laman Instagram penulis.
Medium Shot
AKTIVITI MINGGU 4
Pada minggu ini pula penulis bersama ahli kumpulan perlu mengambil gambar Middle shot dan Flatlay shot. Meddle shot ini boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan Medium Shot dengan lebih memfokuskan wajah model dalam gambar tersebut. Bagi Flatlay shot pula, kami perlu menggunakan suatu bahan dan disusun supaya menampakkan suatu seni. Flatlay shot ini juga terbahagi kepada tiga iaitu: Flatlay, Half Flatlay dan Quater Flatlay. Oleh kerana kami melakukan kerja secara berkumpulan maka kami membahagikan tugas-tugas kepada setiap ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu memasukkan gambar dalam laman Instagram masing-masing.
Dalam masa yang sama, kami juga ditugaskan untuk mencari 10 peribahasa. Seterusnya kami perlu mengambil gambar yang dapat memberikan gambaran atau penerangan berkaitan setiap peribahasa tersebut. setelah itu, kami perlu memaasukkan gambar-gambar dan peribahasa ke dalam poer point untuk dipersembahkan kepada ahli kelas.
![]() |
Quater Flat lay |
![]() |
Flatlay |
Di bawah ini pula adalah video power point peribahasa dan gambar yang memberikan gambaran makna peribahasa tersebut.
AKTIVITI MINGGU 6 - VIDEO ONE SHOT
OK. Untuk minggu ini pula, kami ditugaskan untuk menghasilkan video one shot. Kami perlu memilih satu lagu dan miming lagu tersebut dengan cara masing-masing. Dengar je Prof. Normaliza suruh buat video masing-masing excited pulak!! tau lah masing-masing nak jadi retis.. da lah aku nih jenis tak suka buat video2 ni lagi2 rakam video sendiri.. pergggghhhh jahanam mak kauuu!! dalam fikiran macam-macam timbul. Terutamanya bab hijau muke nih (malu). tapi ape blh buat itu yang Prof tugaskan kepada kami.. nak tak nak kena buat jugak sbb tu markah untuk kami. tapi masa buat video tu aku xtau lah hantu ape yang masuk dalam diri aku sampai jadi macam tu. hahaha.. tapi lepas habis buat video tu tetiba datang menyesalnya sbb buat perangai gila2 time rakam video tu..hmmmm nasib badan lah lau kene hentam dengan member2.
AKTIVITI MINGGU 7 - INTERVIEW & PROMOTE UPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. baiklah. minggu ke-7 ni pulak kitorang diberikan tugas untuk membuat interview pelajar2 dan keluarga yang konvo pada minggu ini. Maklumlah sekarang musim konvo di UPM. selain itu, kami juga perlu promote serba sedikit berkaitan UPM seperti tempat2 menarik dan fakulti2 yang ada di UPM. untuk promote ini kami memilih Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) yang merupakan fakulti bagi penulis sendiri. selain itu Ladang 16, ladang 16 ni banyak dengan pokok pine je..tapi lawa lah jugak pemandangannya.
haaa dibawah ini adalah video yang kami hasilkan.
AKTIVITI MINGGU 8 - PRESENTATION
Untuk minggu ini pula, kami ditugaskan untuk melakukan presentation berkaitan hasil pembelajaran sepanjang mengikuti kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia ini. Sebelum itu, kami present dahulu video yang kami buat minggu lepas iaitu video Interview pelajar UPM yang konvo dan keluarga mereka. Selepas siap present video tersebut kami melakukan presentation hasil pembelajaran sepanjang mengikuti kelas tersebut. Prof. Normaliza mahu kami melakukan present yang lain dari yang lain iaitu bukan berdasarkan slaid tetapi secara spontan. Prof. suruh kami mengaitkan sastera dengan Multimedia dan apakah kepentingannya. Oleh itu, kumpulan kami menggunakan cara present berlakon seolah-olah di dalam kelas dimana ada cikgu dan anak2 murid. Maaflah video kami present tidak ada yang sudi rekod untuk kami..hahahah. takdelah.. sebenarnya kami lupa nak suruh kawan2 tolong rekodkan..huhuhu.. maaflah yeee..
AKTIVITI MINGGU 9 - VIDEO ONE SHOT TWO LAYER
Untuk minggu ini pula, kami ditugaskan untuk menghasilkan video one shot two layer. Video one shot two layer ini adalah video dimana memerlukan seorang untuk miming lagu dan selebihnya perlu melakukan lakonan di belakangnya. Kamera pula tidak boleh bergerak atau melakukan editan terhadap video tersebut. hmmm kalau tak boleh edit mestilah banyak kali kena buatnya sebab bukan sekali buat video je da perfect. Untuk buat video ni adelah jugak dalam 4 hingga 5 kali kami rakam. Untuk video ni kami pilih lagu Aspalela sebagai lagu video kami. Sebabnya dalam kumpulan kami ngam-ngam ada sorang pompuan. hahaha..
AKTIVITI MINGGU 10 - PRESENTATION
Baiklah, minggu ni pulak kami perlu present video yang kami rakam pada minggu lepas iaitu video One Shot Two Layer. setelah kami siap bentangkan video kami, Prof menyerahkan tugas seterusnya yang perlu kami lakukan. Oleh sebab minggu ke-11 kami semua mempunyai VIVA atau pembentangan PITA maka kelas Prof terpaksa ditangguhkan untuk memberikan laluan kepada kami memberi fokus kepada pembentangan PITA kami. Oleh itu, Prof memberikan dua tugas kepada kami iaitu merakam video seram dan video one shot three layer. fuhhhh banyak beb sekali dapat.. biasanya satu keja je setiap minggu. tapi apa nak buat sebab kami ada pembentangan PITA pada minggu ke-11.
AKTIVITI MINGGU 12 - PRESENTATION
Hai semua... baiklah saya akan teruskan kepada aktiviti yang kami lakukan pada minggu ini. Minggu ini kami perlu present dua video yang kami rakam iaitu video One Shot Three Layer dan Video Seram. Video One Shot Three Layer kami menggunakan lagu dua insan dimana ianya merupakan pilihan Prof. Normaliza sendiri. Sebelum merakam video ni sebenarnya aku yang ditugaskan untuk berduet miming dengan bunga sekuntum taik ayam (kesum) ni tapi last2 tak jadi. Korang mesti nak tau sebab apa aku tak jadi tuk berduet dengan kesum tu kan.. Ni bukan sebab awek aku tak bagi yer. ni sebabnya... Aku x bleh nak hafal lirik dia wehhh!! Mak aiii lirik dia mmg betul2 tak masuk dengan jiwa aku.. hahahaha.. maklumlah selalu aku dengar lagu2 rancak2 je tapi sekali kene hafal lagu slow nih terus otak aku shutdown..hahahaha. tak boleh masuk. siyesss..
Bagi video seram pula, ade kes lain plk.. bukan kes kene rasuk eh. tapi kes takut. hahahaah. maklumlah dalam kumpulan kami ade sorang kaum hawa. klau geng2 aku nih nak rakam di kubur cina tepi Fakulti kami pun boleh.. hahahaha cakap besar je lebih. Sebelum nak rakam video ni memang banyak tempat lah kami lelaki ni bagi cadangan tempat2 yang nak rakam video tapi semua tempat tu kawan aku takut nak pegi malam2. hahaha. Akhirnya kami buat keputusan tuk rakam di blok KAA iaitu bangunan kelas2 kuliah. Tapi time nak rakam tu pulak ade masalah. masalahnya bangunan KAA tu da nak tutup sebab bangunan tu hanya bukak sampai kul 10 malam je. huhuhu.. sedihhh.. plan da banyak nak buat kat situ. Takpelah last2 sekali kami decide buat dalam kereta je iaitu pemandu Uber. ok lah da malas nak taip banyak2.. korang tengok lah video kat bawah ni.
One Shot Three Layer
Video Seram yang x seseram mana..hhuhuhu
AKTIVITI MINGGU 14 - VLOG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya harap korang semua sihat2 selalu. Baiklah, Pada minggu ini saya akan bercerita serba sedikit tentang aktiviti yang harus kami lakukan pada minggu ke-14 ini. Prof. Normaliza telah memberikan tugas kepada kesemua ahli kelas untuk menghasilkan VLOG. Dalam video VLOG ini, Prof. Normaliza memberikan kebebasan kepada kami untuk bercakap tentang apa sahaja yang kami inginkan berkaitan kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia. Oleh itu, saya telah memilih untuk bercakap tentang pengalaman sepanjang saya mengikuti kelas Prof. Normaliza iaitu kelas BBK3408 Sastera Dalam Multimedia.
Semua apa yang saya ulaskan tentang kelas ini ada dalam video di bawah. Jadi pandai2 lah korang nak tengok ke tak nak. Klau tak nak sudah.. hahaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan